Monday, November 12, 2012

Kesilauan yang terlalu Ektreme~~

Assamualaikum w.b.t....

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar....segala puji-pujian kembali kepada Allah....Alhamdulilah, pada hari ini, kita masih dapat meneruskan kehidupan kita di atas muka bumi ini....Cuba kita renungkan berapa ramai sahabat-sahabat kita yang sudah bertemu kepada Allah...ingatlah, kematian itu pasti akan menjelma kita..hargailah masa yang kita perolehi hari ini...jangan sia-siakan masa dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah...seperti nasihat Allah di dalam surah al-Asr....Demi masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Entri saya pada kali ini akan membincangkan perumpamaan mereka yang jahil dengan gua. Pada zaman dahulu, tamadun tidaklah seperti sekarang dimana dahulu, bangunan-bangunannya ialah gua-gua. Disini saya malas untuk menaip dalam style yang mendatar. Kali ini, saya akan sertakan dengan sampel dialog antara orang zaman moden dengan orang purba...

====================================================================

Di kawasan gua:


Orang moden : Assalamualaikum.

Orang purba : Waalaikumussalam. Iye ada apa datang ke sini?

Orang moden : Begini, tujuan saya datang ke sini ialah untuk membawa kamu ke kawasan saya. Saya merasa sedih melihat kamu tinggal yang gelap seperti ini. Marilah ke rumah saya. Semuanya terang.

Orang purba : Xpelah. Saya sudah biasa duduk di dalam gua ini. Sebati.

Orang moden : Iye, saya nampak itu. Tetapi saya sering melihat kamu kesusahan setiap kali kamu ingin berjalan di dalam gua. Sering saya terdengar bunyi pinggan pecah.

Orang purba : Hmm, baiklah saya ikut. Tapi sepanjang hidup saya, saya tidak pernah dapat kenal cahaya. Saya bimbang bila saya keluar nanti, cahaya terlalu terang sehinggakan saya membatalkan niat untuk tinggal bersama-sama kamu. Tetapi jika di kawasan kamu, cahaya nya rendah, mungkin saya sempat membiasakan diri untuk mendapat cahaya yang terang. Kerana menurut pakar mata, apabila seseorang itu keluar dari kawasan gelap, mereka akan pening sekejap bila mendapat cahaya terus tetapi tidak jika mendapat sedikit cahaya demi sedikit cahaya, kemudian barulah mampu mata tersebut menerima cahaya yang kuat...

Orang moden : Wahhh!! Kamu ni hebat juga yea. Xsangka orang gua pun berilmu. Hehehehe...

Orang purba : Apa?? Ingat orang purba ni kuno sangat lah...Hahahahaa



====================================================================

Jadi, begitulah kehidupan kita sekarang ini. Bagi seorang pendakwah khususnya, jika kalian ingin menarik seseorang kepada agama Allah, janganlah terlalu banyak mngajar dia itu ini. Jangan berniat untuk tunjuk pandai kepada mereka. Bimbinglah mereka perlahan-lahan. Jika seseorang itu sudah sebati kehidupannya dengan disko, arak, pelacur, zina dan sebagainya, janganlah kita terus tarik mereka join jemaah tabligh. Pasti mereka akan lari dari kita. Sebaliknya, ajarla mereka dengan penuh kasih sayang. Bimbang jika kita tarik mereka terus ke cahaya Islam yang luas seperti markas-markas tabligh, sekolah pondok, kawasan pengajian islam, mereka akan pulang ke kehidupan lama seperti cerita yang baru sahaja saya kongsikan di atas. Apabila seseorang itu biasa dengan kegelapan dan berusaha keluar dari gua, tetapi saat dia keluar, dia terus mendapat cahya yang sangat terang, menyebabkan dia tidak biasa dengan keadaan itu lalu pulang ke kehidupan lama.


Pernah terdengar di radio Ikim.fm, jika kita hendak menarik seseorang dari kegelapan, bawalah mereka ke cahaya yang sederhana dan jangan membawa mereka ke cahaya yang terlalu terang sehingga menyebabkan mereka terkena silauan yang kuat sehingga silauan itu memaksa mereka menutup mata, sekaligus tidak mendapat cahaya.

Tetapi jika mereka sudah biasa mendapat cahaya yang sedikit, bolehlah membawa dia atau membawa diri kita perlahan-lahan menuju cahaya yang sangat terang. Pepatah Melayu ada mengatakan, "Semasa memnyiram pokok, janganlah tuang dalam kuantiti yang banyak tetapi dilakukan satu kali, tetapi siramlah dengan kuantiti sedikit dan konsisten". Allah juga amat menyukai kepada hambaNya yang melakukan sesuatu sedikit demi sedikit tetapi istqomah berbanding mereka yang berubah drastik dan tidak istiqomah...


Jadi begitulah sedikit sebanyak perkongsian ilmu saya pada hari ini. Semoga sahabat-sahabat di luar sana mendapat manfaat dari kisah pendek ini. Segala kata-kata yang kurang menyenangkan dan menyakitkan hati datang dari kelemahan diri sendiri dan segala kebaikan datang dari Allah. Akhir kata, bertaqwalah kamu kepada Allah dan sentiasa mengingati Allah ketika susah mahupun senang. Assalamualaikum ^_^











Saturday, November 10, 2012

Perumpamaan Bayi dengan Kita

Assamualaikum w.b.t....

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar....segala puji-pujian kembali kepada Allah....Alhamdulilah, pada hari ini, kita masih dapat meneruskan kehidupan kita di atas muka bumi ini....Cuba kita renungkan berapa ramai sahabat-sahabat kita yang sudah bertemu kepada Allah...ingatlah, kematian itu pasti akan menjelma kita..hargailah masa yang kita perolehi hari ini...jangan sia-siakan masa dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah...seperti nasihat Allah di dalam surah al-Asr....Demi masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Entri saya pada hari ini, mengisahkan sesuatu yang kita anggap remeh tetapi amat memberi kesan kepada diri kita untuk keperluan masa hadapan. Masih ingat lagikah kita semasa kita berada di dalam rahim ibu kita. Kita melalui proses perubahan dari tiada apa-apa sehingga menjadi insan yang lengkap. Semasa kita di dalam rahim ibu, kita menjadikan tali pusat sebagai penghubung utama dalam mendapatkan apa jua kehendak anak itu seperti makanan, oksigen, dan sebagainya. Walaubagaimanapun, kita tidak pernah sesekali menggunakan anggota badan yang lain seperti tangan, kaki, mulut, telinga dan sebagainya. Pernah tidak kita berfikir, mengapa Allah menyuruh anak itu menggunakan tali pusat sebagai penghubung utama tetapi tidak menyuruh anak itu menggunakan anggota lain.

Setiap yang berlaku, mempunyai tanda-tanda kebijaksanaan Allah. Allah buat begitu supaya memberi peluang kepada kita untuk berfikir kritis dan kreatif. Sebagai contoh, kehidupan kita di atas dunia mirip dengan kehidupan bayi di dalam rahim. Persamaan ini dapat difokuskan kepada titik persamaan iaitu tali penghubung utama untuk mendapatkan sesuatu. Jika bayi menggunakan tali pusat sebagai sumber utama dan sumber segala-galanya untuk sesuatu, begitu jugalah untuk kita dimana kita menggunakan elemen pangkat, harta, wanita, populariti sebagai penghubung utama mendapatkan sesuatu sehingga kita mengabaikan elemen lain seperti sedekah, berbuat baik, bersolat, menunaikan haji dan sebagainya. Seperti bayi yang tidak menggunakan tangan, kaki, tangan dan sebagainya untuk mendapatkan kehendak seseorang itu.

Sebenarnya maksud tujuan entri ini yang sebenarnya ingin mengisahkan keengganan seseorang itu menggunakan nikmat Allah yang lain seperti bayi itu. Bayi itu mengabaikan anggota lain dan hanya fokus kepada satu sumber sahaja iaitu tali pusat kerana bagi bayi itu, anggota-anggota lain itu tidak dapat membantu dia. Begitu juga dengan kita hari ini. Kita hanya fokus kepada harta, pangkat, populariti dan wanita sebagai matlamat utama dan mengabaikan ibadah-ibadah yang disyariatkan Allah kepada kita. Allah tidak melarang hamba-Nya mencari harta tetapi perlu diseimbangkan dengan mengamalkan ketaatan kepada Allah sebagai tanda syukur kita pada Allah.

Semasa bayi itu dilahirkan ke bumi, perkara utama yang akan dipotong ialah tali pusat dimana merupakan sumber utama bayi tersebut mendapatkan sesuatu seperti makanan dan oksigen. Bayi itu kelihatan membesar dengan kesusahan kerana bayi itu tidak dilatih semasa alam rahim tentang penggunaan anggota fizikal lain seperti tangan. Begitu juga dengan kita semua. Semasa kita menemui ajal, perkara utama yang dipotong ialah harta, pangkat, populariti dan nama. Di alam akhirat, perkara yang kita sering menganggap remeh itulah yang akan menolong kita seperti sedekah, solat dan sebagainya. Bagi bayi itu mungkin masih sempat praktis benda yang dianggap remeh oleh bayi itu iaitu tangan, mulut dan kaki. Tetapi tidak pada kita yang berhijrah dari alam dunia ke alam akhirat. Kita tidak akan diberi peluang untuk mengamalkan semula apa yang pernah diperintahkan Allah kepada kita. Disana, kita akan menyesal dengan sejuta penyesalan kerana tidak pernah cuba untuk beramal semasa kita hidup di dunia.

Persoalan saya, mahukah kita semua ingin menyesal seperti itu. Masih belum terlambat untuk bertaubat. Marilah sama-sama kita bertaubat dan menyesali perbuatan kita yang lalu. Jangan menganggap remeh apa yang diperintahkan Allah kepada kita. Di dunia, kita sering mengatakan "Kenapa nak bersedekah...Bukan lagi kaya dengan sedekah malah lagi miskin" atau "Kau sembahyang ke tak sembahyang ke, still kehidupan kau tak berubah"...Ingatlah, kita perlu senantiasa berfikiran positif. Allah mungkin tak makbulkan doa kita atas dunia sebab Allah ingin bagi kesemuanya pada kita di syurga. Pernah diceritakan, ada seorang hamba Allah ini mengadu kepada Allah, "Wahai Allah, mengapa rumahku di syurga ini tidak mempunyai satu bahagian?" Kata Allah, "Itulah bahagian yang telah aku makbulkan salah satu doa kamu di dunia". Mendengar jawapan itu, hamba Allah itu bermonolog sendirian, "Alangkah baiknya jika doaku semasa hidup tidak pernah dimakbulkan oleh Allah"

Jadi begitulah sedikit sebanyak perkongsian ilmu saya pada hari ini. Semoga sahabat-sahabat di luar sana mendapat manfaat dari kisah pendek ini. Segala kata-kata yang kurang menyenangkan dan menyakitkan hati datang dari kelemahan diri sendiri dan segala kebaikan datang dari Allah. Akhir kata, bertaqwalah kamu kepada Allah dan sentiasa mengingati Allah ketika susah mahupun senang. Assalamualaikum ^_^